Monday, 19 December 2011

SOALAN 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa.

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

CONTOH JAWAPAN ISI UTAMA 

6 comments:

  1. Jawapan

    Gejala sosial boleh berlaku kepada golongan remaja Yang kurang diberikan kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapa mereka.Hal ini kerana ibu bapa mereka banyak menghabiskan dengan kerja-kerja mereka.Selain itu,Ada juga ibu bapa Yang menganggap duit Yang cukup telah memadai manakala mereka terlupa bahawa kasih sayang tidak boleh dibeli dengan duit.Punca remaja terlibat dengan gejala negatif ialah akibat bergaul dengan kumpulan Yang salah.Melakukan perbuatan Yang tidak sepatutnya kerana mahu mengecualikan diri daripada masalah keluarga.Para remaja Yang gagal menyelesaikan masalah ini akan pergi keluar mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang salah dan melakukan aktiviti terkutuk

    ReplyDelete
  2. Jawapan

  3. melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita.

    ReplyDelete
  4. bagus ahh kaangan ni.... power gila ayat tu

    ReplyDelete
  5. bk8 bk8 카지노 카지노 11bet 11bet leovegas leovegas 제왕카지노 제왕카지노 dafabet dafabet betway login betway login william hill william hill 다파벳 다파벳 201

    ReplyDelete